Pesanan

Klik La Iklan Untuk Membolehkan Pra Blogger Pergi Lebih Jauh...Jgn Shout Saja!

tolong kami bantu kami

Selasa, 4 Oktober 2011

Korbankan Empat Orang Anaknya....


Hazrat Khansa r.anha ialah seorang penyair yang masyhur. Beliau bersama beberapa orang daripada kaumnya datang ke Madinah dan memeluk Islam. Ibnu Athir rah. berkata ''Kesemua sasterawan bersepakat mengatakan tiada seorang pun penyair wanita yang lebih baik daripada Hazrat Khansa r.anha sama ada sebelum atau selepasnya.''

Peperangan Qasidah telah berlaku pada tahun 16 Hijrah semasa pemerintahan Saidina Umar r.an. Hazrat Khansa r.anha bersama empat orang anaknya telah menyertai peperangan tersebut. Suatu hari sebelum peperangan berlaku, beliau telah banyak menasihatkan dan menyemarakkan semangat anak-anaknya supaya menyertai peperangan tersebut. Beliau berkata,

'' Wahai anak-anakku, kamu memeluk Islam dan berhijrah dengan kereleaan kamu sendiri. Demi Allah yang tiada sekutu bagiNYa, sebagaimana kamu ialah anak daripada ibu yang sama, kamu juga adalah anak-anak daripada bapa yang sama. Aku tidak pernah mengkhianati bapa kamu dan tidak menjatuhkan maruah kamu dan tidak merosakkan nasab keturunan kamu. Kamu semua mengetahui akan ganjaran yang disimpan oleh Allah S.W.T untuk pejuang-pejuang Islam yang menentang orang-orang kafir.
Kamu semua perlu ingat bahawa kehidupan di Akhirat yang kekal abadi lebih baik daripada kehidupan dunia yang akan binasa ini. Sekiaranya kamu bangun esok pagi dalam keadaan baik dan sejahtera, sertailah peperangan dengan penuh kebijaksanaan dan majulah menentang musuh-mush dengan meminta bantuan daripada Allah S.W.T. Apabila kamu mendapati api peperangan mula menjulang, rempuh masuklah ke tengah-tengah medan peperangan dan berlawanlah dengan ketua-ketua mereka. Insya-Allah, kamu akan tinggal di dalam syurga bersama kejayaan dan kemuliaan buat selama-lamanya.''

Keesokkan harinya, tatakala peperangan berlaku, satu demi satu daripada keempat-empat orang anaknya mara kehadapan sambil membacakan nasihat-nasihat ibu mereka dalam bentuk syair untuk membangkitkan semangat. Apabila seorang daripada mereka gugur syahid, yang kedua pula mara kehadapan berjuang sehingga syahid. Akhirnya keempat-empat anak beliau gugur syahid. Apabila ibu mereka mendapat berita ini..beliau tidak bersedih atau berdukacita, beliau berkata '' Saya bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memuliakan saya dengan kesyahidan mereka. Saya berharap kepada Allah S.W.T semoga saya juga dapat bersama mereka dibawah lindungan rahmat Allah S.W.T

2 comments:

Catat Ulasan