Pesanan

Klik La Iklan Untuk Membolehkan Pra Blogger Pergi Lebih Jauh...Jgn Shout Saja!

tolong kami bantu kami

Khamis, 13 Oktober 2011

Mereka Yang Tertewas....aku atau kau??


Hilang keluarga! Hilang harta! Hilang segalanya! bahkan lebih malang dari itu kesedihan yang bakal melanda kepada mereka yg tertewas.

Gundah Gulana! Malang Bertimpa! Resah Sengsara! Tidak selesa!..masih belum mencukupi untuk mengambarkan keadaan mereka yg tertewas walaupun ayat tersebut ditambah lagi dengan 1001 simpulan bahasa.

Bukan Hal Perang, Bukan Pasal Gaduh dan juga Bukan cerita bola, tapi ini cerita Taqwa. Harus diingat..Taqwa bukanlah Fatwa..dan Fatwa bukanlah bola.

Apa kena mengena Taqwa, Fatwa dan bola...??senang saja..Orang Taqwa tak semestinya berfatwa..orang berfatwa plak tak semestinya bertaqwa. Manakala bola pula tiada lagi fatwa dikuarkan berkaitan dengannya.....tapi bagi orang bertaqwa..memang tak kan main bola!

Sesungguhnya hidup ini hanya ada dua jalan..satu jalan ke syurga..satu jalan ke neraka..! Mereka yang tertewas kehidupan mereka melalui jalan-jalan batil sambil bercita-cita dosa mereka akan diampunkan dan berharap mereka dimasukkan ke syurga!Mereka yg berjaya pula kehidupan mereka melalui jalan-jalan hidayah tapi mereka masih lagi takut sekiranya mereka dimasukkan ke neraka sambil beharap2 Allah kesiankan dan redha pada mereka.

Apa tandanya kita berada di jalan hidayah?

Mereka yg berada dijalan hidayah ialah mereka yang merindui kematian. Mereka rindu mati kerana mereka sangat mencintaai Allah sehingga mereka tidak sabar untuk bertemu denganNYA..Mereka rindu mati kerana mereka tidak sabar berjumpa Nabi kerana mereka telah amalkan sunah-sunah nabi, Mereka rindu mati kerana mereka sangat mencintai kehidupan akhirat yg kekal abadi dan mereka benci dunia yang penuh sandiwara dan tipu daya.

Apa tandanya kita berada di jalan yang batil?

Takut mati..apabila sakaratul maut datang mereka..mereka akan merayu pada Allah supaya umur mereka dilanjutkan kerana mereka belum sempat untuk bertaubat..Hati mereka akan terdetik..Ya Allah..anak aku masih kecil..siapa yang akan jaga mereka?..Ya Allah..isteriku masih muda..siapa yang akan membimbingnya?Ya Allah..perniagaan/pekerjaanku bagaimana keadaannya nanti setelah ku tiada?Ya Allah kedua orang tua ku sudah uzur..siapa akan menjaganya selepas ini? Pertanyaan dalam hati ini terdetik kerana dalam hati mereka penuh kecintaan kepada dunia..mereka lupa Allah lah yg menjaga segala-galanya apa jua yg diciptakanNYA. Dan mereka tidak pernah redha apa yang Allah takdirkan untuk mereka.

Dan ingatlah golongan yang tertewas adalah lebih besar jumlahnya berbanding dengan golongan yang berjaya!

Jadi..Siapa dia yg tertewas ni..??aku ke kau??

Jawapannya bukan aku..dan bukan juga engkau...tapi jawapannya adalah mereka..merekalah yang tertewas!

Tapi siapakah pula mereka ini???

Jawapannya mudah..,sudah tentu mereka itu antara kau ataupun aku...!

renung-renungkanlah..

Wallahualam.


Sabtu, 8 Oktober 2011

Budget 2012 mengecewakan golongan muda


Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana telah membentangkan budget 2012 yang banyak memberi manfaat kepada lapisan masyarakat. Tidak kira apa jua pandangan golongan akademik, politik, penganalisis, kaki bodek atau kaki kipas mahupun pengkritik tetap dasar kerajaan, budget 2012 sememangnya budget terbaik setakat ini sepanjang pemerintahan Barisan Nasional. Diharapkan budget kali ini dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya.

Namun, tanpa disedari budget kali ini kurang memberi penekanan kepada golongan muda. Mungkin disebabkan pengaruh kuasa golongan muda di dalam kerajaan tidak lagi menyinar berbanding di zaman pemerintahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, maka skop budget untuk golongan muda diperkecilkan.

Sebelum kita merongka lebih jauh tentang isu ini, mari lah kita lihat dulu kategori kebanyakkan golongan muda di tanah air kita ini. Golongan muda tersebut boleh dikategorikan seperti berikut :
1. Pelajar Ipta/Ipts
2. Pekerja Swasta kebanyakkanya pekerja kilang
3. Kakitangan Awam kebanyakannya golongan yang berpendapatan rendah
4. Penganggur
5. Penagih dadah

Pelajar IPTA/IPTS
Tahukah anda..apabila seseorang siswazah menamatkan pengajian di IPTA, permulaan pencarian kerja mereka bermula dengan bebanan hutang pada PTPTN hampir RM30,000. Kalaulah belajar di IPTA hutang pembelajaran dah hampir RM30K..apatah lagi belajar di IPTS. Bagaimanakah caranya untuk kerajaan mengecilkan skala hutang bebanan siswazah ini?

Disini aku coretkan pandangan aku yang mungkin tak berapa bagus untuk dilaksanakan tapi boleh sama-sama untuk kita fikirkan bagi menyelesaikan isu ini.

1. Menurunkan kadar yuran di IPTA sebanyak 10% hingga 20%
2. Mewajibkan setiap sektor koporat menyediakan pelan biasiswa untuk pelajar IPTA yang miskin. Biasiswa ini bukan untuk golongan pelajar yang terpandai, tetapi untuk mereka yang layak masuk ke IPTA dan pendapatan keluarga bawah RM3000.00. Biasiswa ini hanya digunakan untuk menaja yuran dan bukannya kos saraan.
3. Memantau IPTS daripada mengambil kesempatan dari pinjaman mudah PTPTN. Kebanyakkan IPTS menyediakan bidang pelajaran yang tidak ada skop pekerjaan atau bidang pelajaran yang mempunyai skop lambakan kerja.
4. Meningkatkan kualiti IPTA/IPTS sehingga melayakkan pelajar untuk bekerja diluar negara bagi meningkatkan kepakaran dan teknologi untuk digunakan di tanah air.
5. Cuti semester panjang ditukarkan kepada program praktikal bergaji/berelaun yang menjadi tanggungjawab Universiti/kolej untuk mencari atau menyediakan tempat praktikal.

Pekerja swasta/ kakitangan awam.
1. Mewujudkan gaji minumum yang bersesuaian
2. Sistem simpanan KWSP dibuat seperti sistem simpanan ASB. Diveden tahunan minimum 7%
3. Menyelaraskan elaun cola sama rata sama ada luar bandar atau kawasan bandar.
4. Di luar bandar, elaun rumah hanya dipotong separuh sekiranya menduduki kuarters kerajaan, ini bagi menggelakkan kuarters kerajaan tidak berpenghuni.
5. Menyediakan jawatan-jawatan baru dalam pentadbiran kerajaan bagi memberi banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.
6. Memberi tahap bonus berlainan mengikut pencapaian kualiti dan sasaran kerja setiap jabatan/kementerian
7. Menyediakan plan wajib insuran/tabungan kerajaan dan mewajibkan majikan swasta membayar premium insuran paling kurang yang minimum untuk setiap pekerja mereka.

Penggangur
1. Mewujudkan rekod yang bersistematik untuk merekod jumlah dan maklumat penganggur di Malaysia seperti mana mebuat rekod terhadap PATI
2. Menggantikan PATI dengan penggangur di Malaysia di dalam skop kerja yang bersesuaian.
3. Mewujudkan lebih banyak tempat latihan kemahiran yang berkualiti dan diiktiraf oleh sektor swasta bagi memberi peluang kepada penganggur untuk mencuba bidang kemahiran.
4. Memperbanyakkan aktiviti amal, sosial masyarakat dan badan sukarela dengan melibatkan golongan penganggur. Ini secara tidak langsung dapat menjadi motivasi kepada mereka untuk bekerja.

penagih dadah
1. Menambah peruntukan untuk AADK
2. Menjadikan AADK sebagai Seruhanjaya dan di beri penambahan kuasa dan kakitangan
3. Menyerapkan setiap sekolah menengah/IPTA/IPTS dengan satu anggota AADK bagi memantau dan menyusun program mebendung gejala dadah dan rokok ( di sekolah menengah )




Rabu, 5 Oktober 2011

Kata-Kata Hikmah Yang Jarang Anda Dengar..


Sebenarya di dalam kehidupan kita seharian..banyak kata-kata hikmah yang terkeluar dari pergaulan sesama kita, cuma jarang kita perasan. Entry kali ini, saya ingin berkongsi kata-kata hikmah yang tak perlu diambil dari petikan kata-kata orang yang ternama. Kata-kata hikmah ini diperolehi daripada perbualan rakan-rakan ketika bersembang, bermesyuarat..bergaduh dan di dalam lain-lain hal keadaan. Saya rekodkan disini kata-kata hikmah tersebut untuk bacaan anda semua dan diharapkan dapat memberi inspirasi kepada kejayaan anda di masa depan...hahahaha

1. Ala budak kalau pergi sekolah hari-hari pun tak semestinya pandai...tak kan le ponteng sekali dua sekolah terus boleh jadi bodoh...

2. Kalau aku tahu bestnya kawin...sebelum mak ayah aku kawin..aku dah kahwin dulu...

3. Cinta memang tak boleh dipaksa..tapi boleh dibeli..mana ada orang kawin free

4. Aku boleh maafkan dia..tapi aku memang tak boleh terima dia dalam hidup aku.

5. Muka ala manyak sinyum..hutang sulah kasi habis baya..hati sulah manyak sinang..

6. Hidup nak senang, makan nak kenyang, cakap nak menang..itulah nafsu

7. Sembang politik kat kantin sampai terangkat meja..tapi last-last TAK balik mengundi sebab nak jadi kerani SPR..cit porrahhhh!

8. Cakap macam kilat...berdebat macam ribut tapi kerja macam siput.

9. Aku bukan takut hantu..tapi aku benci tengok muka dia..sebab tu aku tak mahu jumpa hantu

10. Mana ada hantu dalam dunia ni...pernah jumpa taik hantu???taik hantu pon tak pernah jumpa...inikan plak hantu...

p/s: Harap Maaf, penulisan diatas tidak mengikut piawaian penulisan dan bahasa Bahasa Melayu yang betul. Sila rujuk guru anda atau Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekian, terima kasih.

Selasa, 4 Oktober 2011

Perkara yang jarang difikirkan oleh para bloggers

p/s: Maaf..menggunakan gaya bahasa yang tidak menepati piawaian bahasa melayu/bahasa inggeris. Dont do it at home or school

Apakah yang difikirkan oleh bloggers? followers?shout? nufnang? famous?glamor? atau sedang memikirkan bagaimana setiap hari makin bertambah penggunjung yang berkunjung ke blog? Itulah perkara yang selalu difikirkan oleh rata-rata bloggers. Namun ada beberapa perkara yang jarang difikirkan oleh bloggers. Mai kita baca....


1. Anda kan banyak followers..dalam banyak2 followers tu mestilah ramai awek/pakwe yg cun...tak kan satu pon tak leh adjust beb...tapi niat kena baik la..hahahahahaha..ke dh dapat?jeng jeng jeng

2. Mana yang banyak pengunjung luar negara...tak kan le tak boleh belajar bahasa diorang..arab boleh..perancis boleh...burma boleh..siam pon boleh... apatah lg indonesia..lagi la boleh...aiseh..bahasa melayu pun tunggang langgang..tengok aje ejaan dah tau..hihihihihihi

3. Pada kaki shout...berapa banyak kamu shout satu hari...mesti banyakkan...apa kata sebelum shout baca bismillah...berapa banyak dah pahala kamu dapat sehari? mesti banyakkan...

4. Itu cerita pahala..cerita dosa pon ada gak...berapa banyak bloggers wanita yang tayang aurat?..berapa ramai yang tengok? yang tayang pon ada saham...yang tengok pon jadi share partner...alahai.....sedih..sedih...harap aku tak tengok...kalau dah tertengok tu nak wat cam mana kan????

5. Pada yang berblog pada masa kerja....boleh ke?rasanya boleh selagi tak menganggu kerja dan selagi bos tak marah..tapi yang yang nak difikirkan dalam skop ini...yang berblog tapi tak wat keje..berblog je kejenyer..dari pagi sampai pagi besok...boleh ke? boleh...saper kata tak boleh..hmm..boleh..tapi kena tukar bin atau binti la..tukarlah kepada bin/binti blog...hahahahahahaha

Korbankan Empat Orang Anaknya....


Hazrat Khansa r.anha ialah seorang penyair yang masyhur. Beliau bersama beberapa orang daripada kaumnya datang ke Madinah dan memeluk Islam. Ibnu Athir rah. berkata ''Kesemua sasterawan bersepakat mengatakan tiada seorang pun penyair wanita yang lebih baik daripada Hazrat Khansa r.anha sama ada sebelum atau selepasnya.''

Peperangan Qasidah telah berlaku pada tahun 16 Hijrah semasa pemerintahan Saidina Umar r.an. Hazrat Khansa r.anha bersama empat orang anaknya telah menyertai peperangan tersebut. Suatu hari sebelum peperangan berlaku, beliau telah banyak menasihatkan dan menyemarakkan semangat anak-anaknya supaya menyertai peperangan tersebut. Beliau berkata,

'' Wahai anak-anakku, kamu memeluk Islam dan berhijrah dengan kereleaan kamu sendiri. Demi Allah yang tiada sekutu bagiNYa, sebagaimana kamu ialah anak daripada ibu yang sama, kamu juga adalah anak-anak daripada bapa yang sama. Aku tidak pernah mengkhianati bapa kamu dan tidak menjatuhkan maruah kamu dan tidak merosakkan nasab keturunan kamu. Kamu semua mengetahui akan ganjaran yang disimpan oleh Allah S.W.T untuk pejuang-pejuang Islam yang menentang orang-orang kafir.
Kamu semua perlu ingat bahawa kehidupan di Akhirat yang kekal abadi lebih baik daripada kehidupan dunia yang akan binasa ini. Sekiaranya kamu bangun esok pagi dalam keadaan baik dan sejahtera, sertailah peperangan dengan penuh kebijaksanaan dan majulah menentang musuh-mush dengan meminta bantuan daripada Allah S.W.T. Apabila kamu mendapati api peperangan mula menjulang, rempuh masuklah ke tengah-tengah medan peperangan dan berlawanlah dengan ketua-ketua mereka. Insya-Allah, kamu akan tinggal di dalam syurga bersama kejayaan dan kemuliaan buat selama-lamanya.''

Keesokkan harinya, tatakala peperangan berlaku, satu demi satu daripada keempat-empat orang anaknya mara kehadapan sambil membacakan nasihat-nasihat ibu mereka dalam bentuk syair untuk membangkitkan semangat. Apabila seorang daripada mereka gugur syahid, yang kedua pula mara kehadapan berjuang sehingga syahid. Akhirnya keempat-empat anak beliau gugur syahid. Apabila ibu mereka mendapat berita ini..beliau tidak bersedih atau berdukacita, beliau berkata '' Saya bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memuliakan saya dengan kesyahidan mereka. Saya berharap kepada Allah S.W.T semoga saya juga dapat bersama mereka dibawah lindungan rahmat Allah S.W.T

Isnin, 3 Oktober 2011

Kamera DSLR Canon 1000D Utk Djual


Barang mcm biasa + aksesori + memory + bla bla...pada yg minat kamera DSLR tau2 je la yerk spek dia..
Harga RM1+++...berminat?...hubungi saya di fbook..tq


Sabtu, 1 Oktober 2011

RAMALANKU TENTANG SIKAP LELAKI


Kali ni tok nujum nak ramal plak sifat kaum lelaki. Tapi kali ni tok nujum ramal sifat lelaki yang dah berkahwin...sbb tok nujum ni bujang lg..so apa yg tok nujum ramalkan ini takde le terkena batang idung sendiri..hahahahahaha...wahai lelaki laki orang..betulkah anda seorang...

1. Suka mengarah?
2. Suka marah-marah walaupon hal yg kecik2
3. Malas tolong bini masak, kemas umah, basuh baju dan sewaktu dengannya
4. Ada pasang niat nak tambah cawangan?
5. Tak pernah bayar hutang bini?
6. Suka melepak kedai kopi?
7. Suka mengaku bujang?

Salah?...kalau salah anda pastilah seorang...

1. takut bini
2. anak murid guru silat pak mentua anda
3. lelaki lembut
4. Mati pucuk atau lemah tenaga batin
5. Dato K atau Dato T
6. Kera sumbang
7. Duda anak 8

Salah juga...kalau begitu..tidak syak lagi la anda seorang lelaki laki orang yang BERTUAH..sebab andalah lelaki seperti saya... baik hati..mulia...jujur..amanah...tawaduk..beriman...rajin...bergaya dan lain-lain sifat murni yang ada dalam buku teks bahasa melayu darjah 6...hihihihihi...jgn marah...
Selamat Beramal....

Ayah, Suami, Abang, Anak Lelaki Yg Menjadi Calon Ahli Neraka


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!