
Sebenarya di dalam kehidupan kita seharian..banyak kata-kata hikmah yang terkeluar dari pergaulan sesama kita, cuma jarang kita perasan. Entry kali ini, saya ingin berkongsi kata-kata hikmah yang tak perlu diambil dari petikan kata-kata orang yang ternama. Kata-kata hikmah ini diperolehi daripada perbualan rakan-rakan ketika bersembang, bermesyuarat..bergaduh dan di dalam lain-lain hal keadaan. Saya rekodkan disini kata-kata hikmah tersebut untuk bacaan anda semua dan diharapkan dapat memberi inspirasi kepada kejayaan anda di masa depan...hahahaha
1. Ala budak kalau pergi sekolah hari-hari pun tak semestinya pandai...tak kan le ponteng sekali dua sekolah terus boleh jadi bodoh...
2. Kalau aku tahu bestnya kawin...sebelum mak ayah aku kawin..aku dah kahwin dulu...
3. Cinta memang tak boleh dipaksa..tapi boleh dibeli..mana ada orang kawin free
4. Aku boleh maafkan dia..tapi aku memang tak boleh terima dia dalam hidup aku.
5. Muka ala manyak sinyum..hutang sulah kasi habis baya..hati sulah manyak sinang..
6. Hidup nak senang, makan nak kenyang, cakap nak menang..itulah nafsu
7. Sembang politik kat kantin sampai terangkat meja..tapi last-last TAK balik mengundi sebab nak jadi kerani SPR..cit porrahhhh!
8. Cakap macam kilat...berdebat macam ribut tapi kerja macam siput.
9. Aku bukan takut hantu..tapi aku benci tengok muka dia..sebab tu aku tak mahu jumpa hantu
10. Mana ada hantu dalam dunia ni...pernah jumpa taik hantu???taik hantu pon tak pernah jumpa...inikan plak hantu...
p/s: Harap Maaf, penulisan diatas tidak mengikut piawaian penulisan dan bahasa Bahasa Melayu yang betul. Sila rujuk guru anda atau Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekian, terima kasih.
8 comments:
wah3...abih direkodnya...naya neh...nasib baik x letak sapa punya kenyataan tu...
rahsiaaaa......tapi kata-kata no 7 tu mmg susah nak dilupakan..hahahahahahahahaha
kih2 no 2 tuh,melampau la tuh.kih3
Salam;
aku lebih tertarik dengan nombor 1..perlu banyak kupasan kalau nak bincangkan.
no 4 tu macam selalu je dengar orang cakap
wahhhhh fisrt time ANA singgah sini ni..
blog ABANG ARIF SKB3 rupenye..hehe
slm kenal,
kakak SHAHIDAN AIMAN :)
menarik bro..
kata-kata yang sangat penuh dengan hikmah..alamak :)
Catat Ulasan