Pesanan

Klik La Iklan Untuk Membolehkan Pra Blogger Pergi Lebih Jauh...Jgn Shout Saja!

tolong kami bantu kami

Sabtu, 8 Oktober 2011

Budget 2012 mengecewakan golongan muda


Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana telah membentangkan budget 2012 yang banyak memberi manfaat kepada lapisan masyarakat. Tidak kira apa jua pandangan golongan akademik, politik, penganalisis, kaki bodek atau kaki kipas mahupun pengkritik tetap dasar kerajaan, budget 2012 sememangnya budget terbaik setakat ini sepanjang pemerintahan Barisan Nasional. Diharapkan budget kali ini dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya.

Namun, tanpa disedari budget kali ini kurang memberi penekanan kepada golongan muda. Mungkin disebabkan pengaruh kuasa golongan muda di dalam kerajaan tidak lagi menyinar berbanding di zaman pemerintahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, maka skop budget untuk golongan muda diperkecilkan.

Sebelum kita merongka lebih jauh tentang isu ini, mari lah kita lihat dulu kategori kebanyakkan golongan muda di tanah air kita ini. Golongan muda tersebut boleh dikategorikan seperti berikut :
1. Pelajar Ipta/Ipts
2. Pekerja Swasta kebanyakkanya pekerja kilang
3. Kakitangan Awam kebanyakannya golongan yang berpendapatan rendah
4. Penganggur
5. Penagih dadah

Pelajar IPTA/IPTS
Tahukah anda..apabila seseorang siswazah menamatkan pengajian di IPTA, permulaan pencarian kerja mereka bermula dengan bebanan hutang pada PTPTN hampir RM30,000. Kalaulah belajar di IPTA hutang pembelajaran dah hampir RM30K..apatah lagi belajar di IPTS. Bagaimanakah caranya untuk kerajaan mengecilkan skala hutang bebanan siswazah ini?

Disini aku coretkan pandangan aku yang mungkin tak berapa bagus untuk dilaksanakan tapi boleh sama-sama untuk kita fikirkan bagi menyelesaikan isu ini.

1. Menurunkan kadar yuran di IPTA sebanyak 10% hingga 20%
2. Mewajibkan setiap sektor koporat menyediakan pelan biasiswa untuk pelajar IPTA yang miskin. Biasiswa ini bukan untuk golongan pelajar yang terpandai, tetapi untuk mereka yang layak masuk ke IPTA dan pendapatan keluarga bawah RM3000.00. Biasiswa ini hanya digunakan untuk menaja yuran dan bukannya kos saraan.
3. Memantau IPTS daripada mengambil kesempatan dari pinjaman mudah PTPTN. Kebanyakkan IPTS menyediakan bidang pelajaran yang tidak ada skop pekerjaan atau bidang pelajaran yang mempunyai skop lambakan kerja.
4. Meningkatkan kualiti IPTA/IPTS sehingga melayakkan pelajar untuk bekerja diluar negara bagi meningkatkan kepakaran dan teknologi untuk digunakan di tanah air.
5. Cuti semester panjang ditukarkan kepada program praktikal bergaji/berelaun yang menjadi tanggungjawab Universiti/kolej untuk mencari atau menyediakan tempat praktikal.

Pekerja swasta/ kakitangan awam.
1. Mewujudkan gaji minumum yang bersesuaian
2. Sistem simpanan KWSP dibuat seperti sistem simpanan ASB. Diveden tahunan minimum 7%
3. Menyelaraskan elaun cola sama rata sama ada luar bandar atau kawasan bandar.
4. Di luar bandar, elaun rumah hanya dipotong separuh sekiranya menduduki kuarters kerajaan, ini bagi menggelakkan kuarters kerajaan tidak berpenghuni.
5. Menyediakan jawatan-jawatan baru dalam pentadbiran kerajaan bagi memberi banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.
6. Memberi tahap bonus berlainan mengikut pencapaian kualiti dan sasaran kerja setiap jabatan/kementerian
7. Menyediakan plan wajib insuran/tabungan kerajaan dan mewajibkan majikan swasta membayar premium insuran paling kurang yang minimum untuk setiap pekerja mereka.

Penggangur
1. Mewujudkan rekod yang bersistematik untuk merekod jumlah dan maklumat penganggur di Malaysia seperti mana mebuat rekod terhadap PATI
2. Menggantikan PATI dengan penggangur di Malaysia di dalam skop kerja yang bersesuaian.
3. Mewujudkan lebih banyak tempat latihan kemahiran yang berkualiti dan diiktiraf oleh sektor swasta bagi memberi peluang kepada penganggur untuk mencuba bidang kemahiran.
4. Memperbanyakkan aktiviti amal, sosial masyarakat dan badan sukarela dengan melibatkan golongan penganggur. Ini secara tidak langsung dapat menjadi motivasi kepada mereka untuk bekerja.

penagih dadah
1. Menambah peruntukan untuk AADK
2. Menjadikan AADK sebagai Seruhanjaya dan di beri penambahan kuasa dan kakitangan
3. Menyerapkan setiap sekolah menengah/IPTA/IPTS dengan satu anggota AADK bagi memantau dan menyusun program mebendung gejala dadah dan rokok ( di sekolah menengah )




2 comments:

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr berkata...

baik juga untuk dibawa bersidang esok....

Mysara Newrie berkata...

pasal yg cadangan utk student IPT tu, sy sokong :)

Catat Ulasan