"Kalaulah bulan jatuh ke riba...nikmatlah insan...di taman dunia"..inilah sebahagian ungkapan lirik lagu 'Kalaulah Kaca Menjadi Intan', nyayian P.Ramlee & Hashimah Yon dalam filem Nujum Pak Belalang. Sungguh puitis senikatanya dan mungkin juga liriknya ada maksud yang tersirat bagi orang suka berfikir. Sememangnya karya dan lagu-lagu ciptaan Allahyarham P.Ramlee ini masih lagi releven hingga sekarang kerana bertetapan dengan sinario dan ragam kehidupan masyarakat di tanah air kita.
Becerita perihal bulan, cahayanya tidaklah seterang matahari. Namun, antara bulan dan matahari, pastilah nama bulan yang selalu disebut-sebut berbanding matahari. Ini menandakan banyaknya golongan pencinta bulan di alam ini. Samada mereka menunggu bulan jatuh ke riba ataupun mereka mengejar bulan, kedua-dua perkara itu tetap tak akan berjaya. Walaupun mereka sedar itu hanya angan-angan, tapi mereka tetap berdegil dan berharap pada setiap malam mimpi akan hadir dalam tidur mereka bagi merealitikan impian yang mustahil itu............hinggalah pada satu ketika..tidak ada lagi pencinta bulan..nama bulan juga tidak lagi disebut sebut....ini kerana terjadinya satu situasi dimana cahaya bulan akan menjadi sangat terang dan menakutkan....situasi ini disebut ' Di kala BULAN Mengambang'...

0 comments:
Catat Ulasan