Pesanan
tolong kami bantu kami
Jumaat, 30 September 2011
RAMALANKU TENTANG SIKAP WANITA
Wahai wanita..betulkah anda seorang.....
1. Kerap membebel dan selalu mengumpat?
2. Kerap makan bila dah kahwin?sebab pikir dah tak cun pon takpe asalkan dah bersuami..?
3. Suka Shooping dan makan angin?
4. Suka mengungkit-ngungkit cerita lama
5. Rela menjanda dari bermadu?
6. Perasan diri lawa...tayang muka sana sini?
7. Suka mengamuk tak tentu pasal?
Salah? sekiranya ramalan diatas tidak betul..sudah tentulah anda seorang...
1. Bisu
2. Andartu
3. Pokai
4. Pelupa
5. Gila
6. Takde blog/fbook dan sebagainya nak tayang muka
7. Sakit Tenat
Salah juga? kalau kedua-dua ramalan di atas juga salah...tidak syak lagi andalah seorang wanita PENIPU.....hihihihihih..gurau je..saya tahu anda seorang wanita yang cantik..baik budi pekerti....solehah...bijak...cemerlang..gemilang..terbilang dan yang penting bukan kaki temberang....
Selamat Beramal!
Assigment UPSI KRT3013
KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
Tugasan 1A: Perbincangan Forum (10%) - MyGuru Tarikh akhir: 03 Oktober 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 20% akan diberikan berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. Rubrik bagi penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:
SKALA MARKAH | KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM |
10 % | Penglibatan forum amat memuaskan. Kupasan yang diberikan hebat dan membanggakan. |
9 – 7 % | Penglibatan forum baik. Kupasan yang diberikan memuaskan. |
6 – 4 % | Penglibatan forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas dan hanya sekadar dua atau tiga ayat sahaja. |
3 – 1 % | Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas seperti ‘setuju’, ‘ya, saya sokong’. |
0 % | Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung. |
Tugasan 1B: Esei (20%) – Gmail Tarikh akhir: 07 November 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis.
Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) – Blogger (link blog diletakkan di MyGuru Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:
KRITERIA | MARKAH |
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian | 10 |
Senireka blog serta daya tarikan | 10 |
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya | 10 |
JUMLAH | 30 |
* Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.
Khamis, 29 September 2011
Hukum Membeli Emas Secara Hutang
Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.
Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )
Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.
sumber: Ust Zaharuddin.
Rabu, 28 September 2011
Bulan Jatuh Ke Riba
Becerita perihal bulan, cahayanya tidaklah seterang matahari. Namun, antara bulan dan matahari, pastilah nama bulan yang selalu disebut-sebut berbanding matahari. Ini menandakan banyaknya golongan pencinta bulan di alam ini. Samada mereka menunggu bulan jatuh ke riba ataupun mereka mengejar bulan, kedua-dua perkara itu tetap tak akan berjaya. Walaupun mereka sedar itu hanya angan-angan, tapi mereka tetap berdegil dan berharap pada setiap malam mimpi akan hadir dalam tidur mereka bagi merealitikan impian yang mustahil itu............hinggalah pada satu ketika..tidak ada lagi pencinta bulan..nama bulan juga tidak lagi disebut sebut....ini kerana terjadinya satu situasi dimana cahaya bulan akan menjadi sangat terang dan menakutkan....situasi ini disebut ' Di kala BULAN Mengambang'...