Hilang keluarga! Hilang harta! Hilang segalanya! bahkan lebih malang dari itu kesedihan yang bakal melanda kepada mereka yg tertewas.
Gundah Gulana! Malang Bertimpa! Resah Sengsara! Tidak selesa!..masih belum mencukupi untuk mengambarkan keadaan mereka yg tertewas walaupun ayat tersebut ditambah lagi dengan 1001 simpulan bahasa.
Bukan Hal Perang, Bukan Pasal Gaduh dan juga Bukan cerita bola, tapi ini cerita Taqwa. Harus diingat..Taqwa bukanlah Fatwa..dan Fatwa bukanlah bola.
Apa kena mengena Taqwa, Fatwa dan bola...??senang saja..Orang Taqwa tak semestinya berfatwa..orang berfatwa plak tak semestinya bertaqwa. Manakala bola pula tiada lagi fatwa dikuarkan berkaitan dengannya.....tapi bagi orang bertaqwa..memang tak kan main bola!
Sesungguhnya hidup ini hanya ada dua jalan..satu jalan ke syurga..satu jalan ke neraka..! Mereka yang tertewas kehidupan mereka melalui jalan-jalan batil sambil bercita-cita dosa mereka akan diampunkan dan berharap mereka dimasukkan ke syurga!Mereka yg berjaya pula kehidupan mereka melalui jalan-jalan hidayah tapi mereka masih lagi takut sekiranya mereka dimasukkan ke neraka sambil beharap2 Allah kesiankan dan redha pada mereka.
Apa tandanya kita berada di jalan hidayah?
Mereka yg berada dijalan hidayah ialah mereka yang merindui kematian. Mereka rindu mati kerana mereka sangat mencintaai Allah sehingga mereka tidak sabar untuk bertemu denganNYA..Mereka rindu mati kerana mereka tidak sabar berjumpa Nabi kerana mereka telah amalkan sunah-sunah nabi, Mereka rindu mati kerana mereka sangat mencintai kehidupan akhirat yg kekal abadi dan mereka benci dunia yang penuh sandiwara dan tipu daya.
Apa tandanya kita berada di jalan yang batil?
Takut mati..apabila sakaratul maut datang mereka..mereka akan merayu pada Allah supaya umur mereka dilanjutkan kerana mereka belum sempat untuk bertaubat..Hati mereka akan terdetik..Ya Allah..anak aku masih kecil..siapa yang akan jaga mereka?..Ya Allah..isteriku masih muda..siapa yang akan membimbingnya?Ya Allah..perniagaan/pekerjaanku bagaimana keadaannya nanti setelah ku tiada?Ya Allah kedua orang tua ku sudah uzur..siapa akan menjaganya selepas ini? Pertanyaan dalam hati ini terdetik kerana dalam hati mereka penuh kecintaan kepada dunia..mereka lupa Allah lah yg menjaga segala-galanya apa jua yg diciptakanNYA. Dan mereka tidak pernah redha apa yang Allah takdirkan untuk mereka.
Dan ingatlah golongan yang tertewas adalah lebih besar jumlahnya berbanding dengan golongan yang berjaya!
Jadi..Siapa dia yg tertewas ni..??aku ke kau??
Jawapannya bukan aku..dan bukan juga engkau...tapi jawapannya adalah mereka..merekalah yang tertewas!
Tapi siapakah pula mereka ini???
Jawapannya mudah..,sudah tentu mereka itu antara kau ataupun aku...!
renung-renungkanlah..
Wallahualam.